About Me

My photo
Hi there :) I'm a 16 years old girl who always wish to have a better life. I'm just a little girl in a big city that loves to dream and always believes that what comes around goes around. Happy ending!

Friday, October 19, 2012

4 Pertanian 2 - 2012

 Ini ada sebuah cerita,
Cerita tentang kami semua,
Assalamualaikum, salam sejahtera,
Sebagai pembuka bicara.

4 Pertanian 2 kelas kami,
Banyaknya perempuan daripada lelaki,
Kami dipimpin oleh seorang mami,
Pn. Lee Li Peng itulah pemaisuri.

Perdana menteri pandai berdikari,
Wan Mohd. Afiq nama diberi,
Dialognya sama setiap hari,
Lepas bagi salam, tidurlah dia.

Kasut PM menggangu masyarakat,
Bikin hati si puteri bingit jek,
Orangnya manis, ramai admire,
Itulah dia Niena Natasha, pembantu setia.

Aminatul Alisha anak Aminuddin,
Bijak dan aktif walaupun kecil,
Matanya sepet bijak berfikir,
Tidur kerjanya bila ada masa.

Aishah Raziz rumah Delta,
Buat mata juling memang hobinya,
Si Balqis teman rapatnya,
Buat kerja pelik mesti bersama.

Diam-diam ubi berisi,
NurFarisha nama diberi,
Ada affair dengan si Zikri,
Bila dah pindah asyiklah menyendiri.

Malu bertanya sesat jalan,
Itulah kaedah yang digunakan,
Wani nama gelaran,
Pening kepala cikgu nak melayan.

Anak Raja entah dari mana,
Raja Izzamuddin lah orangnya,
Bila tak tahu garu kepala,
Berjiran dengan si Marzuqi.

Fakhari Aizat nama penuhnya,
Achok pula nama sandaran,
Mengenakan orang memang hobinya,
Malang betul siapa yang duduk berdekatan.

Pening kepala layan Bedah ni,
‘Awatif Azhari itulah orangnya,
Kalau bercakap memang beriya,
Macam ayam baru bertelur.

Minah yang sorang ni memang brutal,
Chimpanzee itulah Farahin Hashim,
SPAIN menang jadi bahan,
Kononnya kembar si Farahin Rashid.

Joeyeah jadi nama panggilan,
Jangan ditanya tak tahu jawapan,
Itulah dia si comel Ikin,
Sendawa besar, itu kebiasaan.

Dua tiga, kucing berlari,
Mana nak sama si dia ni,
Aisyah Syahirah empunya diri,
Cari Hamizah Malek bila bersendiri.

Hamizah Malek nama I/C,
Hidupnya relax sekali,
Duduk bersebelahan si pengutip ceti,
Bila suruh bayar, buat-buat tuli.

Nor Fazlin Jamaluddin, Menteri Kewangan,
Bila dia datang semua tak layan,
Selalu mengantuk bila dalam kelas,
Tak tahulah apa dia buat malam-malam.

Izzah Abdul Rahman happy go lucky,
Tak pakai spek, bulat jek mata,
Menarik minat ramai jejaka,
Superman yang berjaya menawannya.

Selangor Darul Ehsan tempat asalnya,
Nur Alia Syuhada yang bercermin mata,
Kalau ada masalah jangan cerita dengan dia,
Padan muka sahaja yang akan dia kata.

Budak depannya nama Nadia Adnan,
Kesian betul budak kecik ini,
Sambut hari jadi 4 tahun sekali,
Bila tak ada kerja menyanyi sahaja.

Nak kata baru tak jugak,
Itulah dia si Hafiz Ithnin,
Bergurau senda tak kira masa,
Kalau dilayan sakit jiwa.

Diam-diam bukan sombong,
Kenal dulu baru cakap,
Hidayah Karim itulah dia,
Cikgu kata Yusree Yusof kembarnya.

Buat bisnes kat dalam kelas,
Nasi lemak menjadi jualan,
Sentiasa laris setiap masa,
Alif Saifuddin lah gerangannya.

Membaca doa di dalam kelas,
Terkenal kerana jambulnya,
Tak akan jatuh walau dilanda badai,
Muhammad Amin si bakal ustaz.

Osbon pemarah orangnya,
Dipanggil begitu tak tahu kenapa,
Amirul lah nama sebenar dia,
Memang tinggi orangnya.

Muhammad Zakaria itulah namanya,
Tersilap panggil janganlah marah,
Kurusnya badan macam tak cukup zat,
Mengenakan orang jek kerjanya.

Sekilas pandang macam ahli One Direction,
Rambut kerinting bukan Harry Styles,
Datang lambat menjadi kebiasaan,
Adib Ramli lah orangnya.

Mukanya manis bertahi lalat,
Kadang kala berperangai kasar,
Bila belajar sentiasa relax,
Aida Nasyirah lah, siapa lagi.

Sekali pandang bukan tiang letrik,
Dua kali pandang barulah tahu manusia,
Terlalu kurus, terlalu tinggi,
Syafiqah Zurami rupanya.

Nabilah dan Fatin sahabatnya.
Sentiasa bertiga ke mana sahaja,
Tak kira tempat, tak kira masa,
Pengawas sekolah jadi kerjaya.

Tamat sudah kisah kami,
Kisah usahawan petani,
Terima kasih sudi membaca,
Walaupun ada yang sakit hati.

Buat guru yang mendidik,
Terima kasih kerana bersabar,
Ini memang kerenah kami,
Jasamu akan dikenang sehingga mati,

Wahai teman, rakan dan taulan,
Ini hanya sekadar gurauan,
Amalan biasa yang dijadikan hiburan,
Salah dan silap harap dimaafkan.


Hasil Nukilan:
HAMIZAHMALEK :D

No comments:

Post a Comment