About Me

My photo
Hi there :) I'm a 16 years old girl who always wish to have a better life. I'm just a little girl in a big city that loves to dream and always believes that what comes around goes around. Happy ending!

Monday, February 6, 2012

Kimia & Ubat Gegat


Pada 2 Februari 2012 yang lalu saya dan rakan-rakan sekelas telah mengadakan eksperimen. Aceh-ceh, ayat tak boleh belah. Sedih… hihi. Sini aku nak cerita pasal kimia. Al maklum, aku sekarang ni baru menjejakkan kaki di Tingkatan 4. Dah pindah sekolah dah pun. 2 Februari itu, aku buat eksperimen guna ubat gegat atau dalam bahasa sainsnya Naphthalene. Macam kat bawah ni la… Ubat gegat dah dihancurkan. Ala… korang buat eksperimen itu, korang taulah rupa dia macam mana.



Tujuan eksperimen itu untuk tahu dia punya boiling point dengan freezing point. Hehe… Seronok! Tapi perit! Balik rumah asyik bersin jek. Satu hari aku bau ubat gegat. Aku dapat merasakan kehadiran ubat gegat itu dalam hidungku. Aceh… perasan lebih. Tapi hidung aku, memang tak sedap. Mana aku pergi mesti ada bau itu. Back to the story, satu kumpulan lima orang. Oleh itu, kitaorang buat eksperimen hentam keromo. Dari mula dia dipanaskan, kitaorang kena kacau sampai dia cair. Sampai jadi air lah kiranya. Dah macam main masak-masak. Masak ubat gegat. Huhu… Tapi kitaorang panaskan dah berminit-minit, tapi tak cair cair jugak. Kumpulan lain dah buat freezing point. Kitaorang jek. Masih macam itu, tak gerak apa-apa pun. Sedih, betul. Cikgu pun pelik. Air tak mendidih. Sepatutnya, air mendidih dulu, baru benda itu boleh cair. Tapi dah kalau air pun tak mendidih, macam mana benda itu nak cair. Bila nak amik masa dia, semua blur. Semua tak tahu nak buat apa. Jam randit dia terlalu canggih. Susah betul nak guna. Kitaorang pun buat bodoh. Buat macam seolah-olah kitaorang tengah amik masa. Bila cikgu suruh tulis report, hamik kau. Kelam-kabut jadinya, kitaorang apa lagi, kucar-kacir nak cari maklumat. Semua marah aku, sebab aku tak catat. Ok, memang salah aku. Boleh pulak aku berangan waktu itu. Oleh kerana aku bersalah, aku kena cari jalan penyelesaiannya. Aku pun fikirkan jalan penyelesaiannya. Tetiba. Tiru jek! Hehe. Itu yang terlintas kat kepala hotak aku yang canggih ini. Nasib baik cikgu cakap, dia nak report itu bila naik sekolah nanti. Alhamdullilah. Syukur! Itulah dia yang terjadi kepada kami semua sewaktu melakukan eksperimen. Kelakar betul. Lain kali, masa buat eksperimen kena khusyuk, ok!

No comments:

Post a Comment