About Me

My photo
Hi there :) I'm a 16 years old girl who always wish to have a better life. I'm just a little girl in a big city that loves to dream and always believes that what comes around goes around. Happy ending!

Friday, October 19, 2012

4 Pertanian 2 - 2012

 Ini ada sebuah cerita,
Cerita tentang kami semua,
Assalamualaikum, salam sejahtera,
Sebagai pembuka bicara.

4 Pertanian 2 kelas kami,
Banyaknya perempuan daripada lelaki,
Kami dipimpin oleh seorang mami,
Pn. Lee Li Peng itulah pemaisuri.

Perdana menteri pandai berdikari,
Wan Mohd. Afiq nama diberi,
Dialognya sama setiap hari,
Lepas bagi salam, tidurlah dia.

Kasut PM menggangu masyarakat,
Bikin hati si puteri bingit jek,
Orangnya manis, ramai admire,
Itulah dia Niena Natasha, pembantu setia.

Aminatul Alisha anak Aminuddin,
Bijak dan aktif walaupun kecil,
Matanya sepet bijak berfikir,
Tidur kerjanya bila ada masa.

Aishah Raziz rumah Delta,
Buat mata juling memang hobinya,
Si Balqis teman rapatnya,
Buat kerja pelik mesti bersama.

Diam-diam ubi berisi,
NurFarisha nama diberi,
Ada affair dengan si Zikri,
Bila dah pindah asyiklah menyendiri.

Malu bertanya sesat jalan,
Itulah kaedah yang digunakan,
Wani nama gelaran,
Pening kepala cikgu nak melayan.

Anak Raja entah dari mana,
Raja Izzamuddin lah orangnya,
Bila tak tahu garu kepala,
Berjiran dengan si Marzuqi.

Fakhari Aizat nama penuhnya,
Achok pula nama sandaran,
Mengenakan orang memang hobinya,
Malang betul siapa yang duduk berdekatan.

Pening kepala layan Bedah ni,
‘Awatif Azhari itulah orangnya,
Kalau bercakap memang beriya,
Macam ayam baru bertelur.

Minah yang sorang ni memang brutal,
Chimpanzee itulah Farahin Hashim,
SPAIN menang jadi bahan,
Kononnya kembar si Farahin Rashid.

Joeyeah jadi nama panggilan,
Jangan ditanya tak tahu jawapan,
Itulah dia si comel Ikin,
Sendawa besar, itu kebiasaan.

Dua tiga, kucing berlari,
Mana nak sama si dia ni,
Aisyah Syahirah empunya diri,
Cari Hamizah Malek bila bersendiri.

Hamizah Malek nama I/C,
Hidupnya relax sekali,
Duduk bersebelahan si pengutip ceti,
Bila suruh bayar, buat-buat tuli.

Nor Fazlin Jamaluddin, Menteri Kewangan,
Bila dia datang semua tak layan,
Selalu mengantuk bila dalam kelas,
Tak tahulah apa dia buat malam-malam.

Izzah Abdul Rahman happy go lucky,
Tak pakai spek, bulat jek mata,
Menarik minat ramai jejaka,
Superman yang berjaya menawannya.

Selangor Darul Ehsan tempat asalnya,
Nur Alia Syuhada yang bercermin mata,
Kalau ada masalah jangan cerita dengan dia,
Padan muka sahaja yang akan dia kata.

Budak depannya nama Nadia Adnan,
Kesian betul budak kecik ini,
Sambut hari jadi 4 tahun sekali,
Bila tak ada kerja menyanyi sahaja.

Nak kata baru tak jugak,
Itulah dia si Hafiz Ithnin,
Bergurau senda tak kira masa,
Kalau dilayan sakit jiwa.

Diam-diam bukan sombong,
Kenal dulu baru cakap,
Hidayah Karim itulah dia,
Cikgu kata Yusree Yusof kembarnya.

Buat bisnes kat dalam kelas,
Nasi lemak menjadi jualan,
Sentiasa laris setiap masa,
Alif Saifuddin lah gerangannya.

Membaca doa di dalam kelas,
Terkenal kerana jambulnya,
Tak akan jatuh walau dilanda badai,
Muhammad Amin si bakal ustaz.

Osbon pemarah orangnya,
Dipanggil begitu tak tahu kenapa,
Amirul lah nama sebenar dia,
Memang tinggi orangnya.

Muhammad Zakaria itulah namanya,
Tersilap panggil janganlah marah,
Kurusnya badan macam tak cukup zat,
Mengenakan orang jek kerjanya.

Sekilas pandang macam ahli One Direction,
Rambut kerinting bukan Harry Styles,
Datang lambat menjadi kebiasaan,
Adib Ramli lah orangnya.

Mukanya manis bertahi lalat,
Kadang kala berperangai kasar,
Bila belajar sentiasa relax,
Aida Nasyirah lah, siapa lagi.

Sekali pandang bukan tiang letrik,
Dua kali pandang barulah tahu manusia,
Terlalu kurus, terlalu tinggi,
Syafiqah Zurami rupanya.

Nabilah dan Fatin sahabatnya.
Sentiasa bertiga ke mana sahaja,
Tak kira tempat, tak kira masa,
Pengawas sekolah jadi kerjaya.

Tamat sudah kisah kami,
Kisah usahawan petani,
Terima kasih sudi membaca,
Walaupun ada yang sakit hati.

Buat guru yang mendidik,
Terima kasih kerana bersabar,
Ini memang kerenah kami,
Jasamu akan dikenang sehingga mati,

Wahai teman, rakan dan taulan,
Ini hanya sekadar gurauan,
Amalan biasa yang dijadikan hiburan,
Salah dan silap harap dimaafkan.


Hasil Nukilan:
HAMIZAHMALEK :D

Monday, September 17, 2012

Untuk Senior-senior

Tahu tak lagu Rachel Crow, Mean Girls. Kalau tak tahu silakan dengar, youtube kan ada, pergi kat google search box dia, selepas itu ta-ip sahaja, R.A.C.H.E.L<JARAK>C.R.O.W-M.E.A.N<JARAK>G.I.R.L.S. Ala macam lah tak biasa buka you tube. Kalau setakat muka korang-korang ni memang dah Geng Pengembaraan dengan You tube itu kan. Lain lah macam I, tak berapa nak into you sangat dengan you tube itu.  Papehal pun ni, nak habaq mai, lagu ni aku punya member punya member punya member punya kawan yang tulis. Betullah itu! Aku tipu. Korang ni pandai betullah. Susah betul nak tipu korang! Bagus, bagus. Aku dah merepek dah. Lagu ini untuk budak-budak senior kat sekolah aku itu. Uuuuuuiiiiii, apa dia ingat dia senior, bagus sangat lah! Eh, hello! Sebelum ko jadi senior, kau itu pun junior jugak ingat bagus sangat. Benda ni dah jadi budaya kat sekolah itu, tapi cikgu ni, aku tak tahu lah cikgu tahu ke tak pasal benda ini. Kalau tahu pun, tiada tindakan yang boleh diambil. Dia kan senior kena lah hormat. KENTUT kau ah mintak aku hormat kalau perangai kau pun tak hormat orang! Uweeeeeeeeeekkk (>.<)! Aku suka part ni, ayat dia macam seolah-olah kita dah balas dendam dekat perbuatan dia. Ingat kau itu bagus sangat! Wah! Happy gituh! Baca ni…



Who do you think you are loud mouth, cafeteria star
maybe somebody was cruel to you
so you think that's what you're supposed to do
One day, it might be you
when you need a friend, but you no longer cool
when everyone leaves when you walk in the room
I just hope they forgive you


Cuba try version aku pulak! Dah cuba letak try pulak. Memang rosak bahasa aku! Cuba tengok versi aku pula! Baru betul ada bahasa… :P


Kau ingat kau siapa
Cakap besar, berlagak
Mungkin ada orang buat korang macam ni
Jadi korang ingat budak junior pun kena rasa apa yang korang rasa
Satu hari nanti, mungkin korang-korang semua
Nak berbaik dengan junior tapi junior tak boleh maafkan korang
Bila korang ada kat zone budak junior
Gua harap diaorang maafkan lu!!!


Wah! Pas ni aku boleh jadi penulis lirik. Lepas itu menang anugerah untuk PENULIS LIRIK PALING TERUK dimenangi oleh tut…tut… nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Hehe…. Jahat lah korang ni! Sukanya. Sukanya. Translate lagu orang sekali dua kala. Hahahaha….. cuba try ending lagu ni pulak,


Mean girls, mean girls
you no longer run my world


Haha… mean girls itu budak SE-NI-OR lah. Ha….. diaorang memang tak boleh larikan dunia aku…. Hihi…. Kalu korang faham apa maksud aku, faham lah. Kalu tau kalu korang faham. Kalau tak faham, buat-buat jek lah faham, ok?! Ok ok ok ok ok ok ok – 7 kali gaya abang mus. :) ish…ish… kalau nak balas dendam bukan begini caranya! Kalau nak suruh orang hormat bukan begini juga caranya. Lagu balas dendam untuk mu!


But this time
I’m telling you, I’m telling you
We are never ever ever getting back together
We are never ever ever getting back together
You go talk to your friends, talk to my friends, and talk to me.
But we are never ever ever getting back together.


Benda yang diaorang cakap tak boleh buat, jangan dibuat. Tapi benda itu jugak lah yang diaorang buat. Biadap lah itu. Peraturan itu korang ke yang buat. Kalau ya korang yang buat sekalipun nampak sangat korang ni memang tak ada pendirian, langgar peraturan. Ish…ish...ish…. Tak patut, tak patut. :) korang sebenarnya nak suruh kitaorang rasa KOSONG kan?! Meh aku nyanyi lagu Najwa Latif pulak.


Kau melihat diriku seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu

Segala kata cacian yang telah engkau berikan
Membuat ku rasa kosong, kosong
Setiap detik diperhatikan, kau cari cara putar belitkan,
Kau jadikan diriku kosong, kosong
KOSONG!!!!!!!!!! KOSONG!!!!!!!!!

KINI AKU BANGKIT MEMBUKTIKAN YANG KU TAK SAKIT
DENGAN SEGALA PERIT YANG ENGKAU BERIKAN
KINI AKU PANTAS BERJALAN
BERGERAK KE HADAPAN
DAN AKAN KU BUKTIKAN SIAPA DIRIKU YANG SEBENAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Segala kata cacian yang telah engkau berikan
Membuat ku rasa kosong, kosong


HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA penat dah ketawa sampai terbatuk-batuk. Nampak benar aku menipu! Yes! Yes! Gila dah! Biarlah budak-budak SENIOR itu buat macam itu, yang pasti nanti bila kitaorang jadi SENIOR, aku harap benda ini tak jadi sebab benda ni akan berlarutan dan tak akan berhenti until someone stop it. Lakukan perubahan demi kemajuan!!!! YEAH!!!! :D

Biarkan menyepi, biarkan masa terhenti
Ambil cukup nafas mu
Pasti perlahan kau berdiri
Hampir terindah, hampir sudah terapung
harapan mu yang tenggelam dulu
dan hampir tinggi, hampir bernyanyi lagi
suara hati yang pernah membisu
terbuka bebas sinar warnamu

Suaranya yang mampu mengenap seluruh suasana
hatimu berlagu lalilala
terus berlagu lalilala lagi
-TOI AF6 – LALILALA-

Member aku tak percaya ada lagu bertajuk LALILALA....... seDDDDDDDDDih!!

Saturday, September 1, 2012

I'm Going to Miss You, Boy!


Haha… jiwang tak tajuk blog hari ini. Aku dah tahu dah. Tapi itulah tajuk yang sesuai untuk post kali ini. Jiwang karat pulek tetibe. Jiwang tak jiwang, post tetap post kan?! Hehe… abang aku dah balik dah. Dah lama dah. Sedih sangat! I feel sad. Very sad! And I mean it! Hihi…. Mamat itu kan melampau. But that’s alright I’m going to take that as a joke. Tak simpan dalam hati pun. Tapi kadang-kadang ada lah. Malas betul aku nak layan. Lagi dilayan lagi menjadi. Huh! (>.<) sakit betul hati gua! Grrrr….. but what can I do? Dia abang. Kenalah hormat! :’( kalau tak mintak kaki lerrr…. (X.X) mati dah. Rindu itu bolehlah. Kalau dia tak ada, tak ada orang nak nganjing aku kan. The other word is perli. Sopan sikit kan. Hmmmm…. Tapi itulah dia abang saya. Bila orang tanya “Kau ada abang?”. And of course I’ll answer, “Ada”. And dengan penuh excitedddd-nye dia orang akan cakap, “Seronoknya ada abang!”. And aku akan cakap, “Wow! ‘seronok’ lagi kalau dapat abang macam abang aku itu” or “Ya! ‘seronok’nya”. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!! Sedih betul! Tiap-tiap hari terutama masa raya, aku kena kutuk ngan dia. Ada jek idea nak kenakan aku and mom, please stop reminds me of the incident. I feel ashamed! :’( Everyone’s laughing at me! Oh, so…. Pathetic you know! So sad! Condolences! Well! Abang thanks for being a great brother! Jahat-jahat dia pun, dia tak pernah lupakan aku! Aku tahu cuma dia ego nak ucapkan. Mak aku selalu cakap macam itu! :)
TODAY QUOTE:
You can tell more about a person by what he says about others than you can by what others say about him.
~Leo Aikman

Bad Day!!! – Hot Story...


Haha... ketawa dulu sebelum aku memulakan cerita yang begitu menyedihkan dan menyayat hati. Ambil nafas. Breathe in. Breathe out. Breathe in. Breathe out. Huh! Ok. Fon aku kena rampas. That’s all. Haha. Gempak tak citer aku. Mesti korang akan cakap padan muka siapa suruh bawak. Well! Saya, Hamizah Malek dengan tegasnya menolak bahawa saya bersalah terhadap perkara itu. Korang meti akan cakap, kenapa pulak? And i will say, sebab sekolah itu ha bahlul. Tapi tetap menjadi kesalahan membawa henfon ke sekolah. Isn’t it?! Harap jek ada public phone. Ada 3 public phone. Tapi hampeh. Satu pun tak boleh guna. Sedih betul. Sadis. Menyayat hati and so on. Grrrr.... sakit hati tau tak. Dah lah suka bagitau info last minute. Tau saat-saat akhir. Contohnya, kalau hari Khamis ada latihan netball, hari Khamis itulah dia bagitau. Dia tak akan bagitau hari Rabu. Ba-si-kal!!!!! The reason why i brought my phone is because of the public phone. Eh, hello! Aku budak baik ok! Aku tak pernah bawak fon pergi sekolah pun sebelum ni. But this time, aku bawak sebab aku ada kelas tambahan and i’m not sure balik kol bape. That’s why aku bawak.  Sakit jiwa aku menghadap sekolah ini. Sedih! Pastu tadi kena marah sebab bawak fon. “Awak dah tahu, menjadi kesalahan bawak fon pergi sekolah. Yang pergi bawak itu kenapa?”. Eh, hello! Kalau fon public itu boleh guna, aku tak akan suka-suki bawak fon aku yang aku sayang itu pergi sekolah. Aku lebih rela jadikan fon itu pekasam kat rumah daripada kena rampas kat sekolah. Huh! Susah bila kita cakap dengan orang yang tak ada dalam situasi kita. They can never ever ever ever ever understand us unless they experience it themself. Hei, jet pejuang betul! Sakit hati aku. Fon ‘Awatif dengan Alia pun kena rampas. Menangis-nangis diaorang. Fon aku kena rampas tapi aku tak menangis. Aku tahan dan gagahi perasaan dan hatiku. Oh! Hiperbola tak ayat. Haha... aku tahu aku berada di pihak yang benar. Barulah tadi cikgu cakap, kalau public phone itu tak boleh guna, pakai telefon pejabat. Hamek kau! Tadi aku rasa separuh student perempuan dalam kelas aku pergi pejabat. Kalau separuh student perempuan, that’s means it almost half of the student in the class. Buat rombongan. Pakai fon pejabat kol parents sebab kelas tambahan dibatalkan. Haish! Duit PIBG mintak sampai RM100, tapi tandas perempuan rosak, public phone tak boleh guna, dan the best part is kunci tandas perempuan nyawa-nyawa ikan. Hmmm.... cikgu itu cek beg aku and jumpalah fon aku. After that, she shouted “Beg merah ni sape punye?!!!”. Dia jerit macam tak puas hati pulak. Mungkin itu memang cara dia. I don’t know. Sebelum fon itu dia jumpa, aku resah gelisah, ketakutan, takut kena rampas. Bila dia dah jumpa, aku pun, “Hmmm... nasiblah!” aku pun keluar dari makmal. Oh lupe nak cakap yang waktu itu waktu biologi, so kiteorang dekat makmal! Inilah dia conversation kiteorang:

Cikgu: Ha, awak, Hamizah kenapa bawak fon pergi sekolah.
Aku:    (Dengan penuh berani dan keyakinan dan kejujuran yang ada dalam diri, aku lontarkan untuk menjawab soalan itu) Sebab public phone itu rosak. Kejap boleh pakai, kejap tak boleh.
Cikgu: Ooohhhh. Public phone rosak!
Dah itu, dia pun cek aku punya beg duit.
Cikgu: Kenapa duit banyak sangat ini?
Aku:    Semalam, saya pergi Angsana. Saya cakap dengan bapak saya, saya nak beli barang.

Begitulah kisahnya. Dia suruh aku tulis nama, kelas, tarikh dengan jenis fon. Aku pun tulis. Mengigil-gigil. Lepas itu aku macam lega. Aku cakap perkara benar dan aku tahu aku berada di pihak yang benar. So, why should i scared? There’s no reason for me to be scared. Hmmm.... tapi aku tahu aku akan kena marah dengan mak aku. Tapi dia pun tahu,yang aku bawak fon bila aku ada hal dan aku cakap dengan dia yang public phone tu memang haram menjadah. Nasib dia tak melenting dan tak marah. Dia cuma cakap lain kali jangan bawak. I’m so happy dapat mak macam itu. Geram betul! Mula-mula memang tak ada spotcheck. Tapi lepas waktu bm kat library, duit kelas RM400-katanya lah, HILANG!  Then, diaorang pun lapor pada guru kelas. Atas alasan itulah ada spotcheck! Ish ish ish.... sedihkan! Nak buat cam ne dah benda nak jadi! Huh! Aku dah gerak hati nak tinggalkan fon itu dekat mak aku pagi itu, tapi pikir-pikir balik, kalau public phone tak boleh guna, aku nak balik macam mana. Sebab itu aku bawak. Huh!
**********************************************************************************
Yang pasal duit kelas itu, hmmm.... nak suspek sape? Aku pun tak tahu! Duit itu diletakkan kat dalam beg Niena. Dah itu dekat dengan Besta dia dan beg duit dia. Tapi yang hilang, cuma duit kelas itu jek. Cikgu suspek orang dalam. At first, we do so. Tapi bila pikir-pikir balik, tak akan lah sebab kitaorang dalam kelas itu dah macam adik-beradik. Alah, kalau orang nak curi, curi jugak. Kalau nak buat jahat, tak kira kat siapa-siapa termasuk ibu bapa, adik-beradik, kaum kerabat. Bila pikir-pikir balik, betul jugak cakap cikgu itu. Angkara orang dalam. Cikgu buat report polis. In case, kalau hal ini tak dapat diselesaikan, pihak polis akan masuk campur. But i don’t think they can settle this case. Entah-entah, kes ini pun akan ditutup sebab tak ada saksi, tak ada bukti. Susah betul! Yang cikgu pulak cuma buat spotcheck kat blok kiteorang jek. Kelas Pertanian jek katanya. Blok kiteorang itu cuma ada 4 kelas jek. Kelas Keusahawanan dengan kelas Pertanian. Kelas lain cikgu tak cek pun. Kelas Kejuruteraan. Ada 6 kelas kejuruteraan yang cikgu tak cek. Entah-entah, budak-budak itu yang amik. Mana kita thu. We can never know about that. Aku bukan tuduh sesiapa, Cuma kan bagus kalau kita cek semua. Cikgu zaman dahulu, nak takutkan pelajar kena garang. Tapi cikgu zaman sekarang nak takutkan elajar pakai ugutan. Oh my! Pelik kan? Budak-budak zaman sekarang katanya dah makin teruk lah, makin menjadi-jadi kenakalannya. Erm... entahlah. I don’t know what to say about that. But whatever it is, i’m sure that the money can never be found. Mesti dah digunakan duit itu. Kitaorang cakap dengan cikgu yang duit itu mungkin dah dibahagi-bahagikan. Kita tak tahu. Orang macam ini banyak helah digunakan untuk menutup kesalahan diri. Sama macam kita-kita. Betul tak? Lebih baik mengaku. Ala, korang pun sama jek. Erm... papehal pun benda dah jadi, nak buat macam mane kan? There’s no one should be blame of. Duit itu tak jumpa pun! :’(
LESSON FOR TODAY: BE CAREFUL ESPECIALLY WHEN IT HAS SOMETHING TO DO WITH PRECIOUS ITEM. :)

TODAY QUOTE: 
Every day may not be a good, but there’s something good in every day.
 ~Author Unknown

Wednesday, August 29, 2012

Suasana Hari Raya


Hye there. Berlalulah sudah Ramadhan kini tibalah Syawal. Tengok tajuk ya. Ya. Tajuk kita hari ini ialah suasana di hari raya. Sudah tentulah kita nak bercerita tentang raya. Syawal. Syawal. Pastinya bukan Rejab atau Zulkaedah or whatever it is. Syawal. Hmmm…. Seronok tau raya. Budak-budak la yang cakap. Kalau mak budak yang cakap macam itu aku tak tahulah. NO COMMENT! Aku yang umur 16 tahun ni pun tak tahu apa yang best sangat raya ini. Bunga api?! Maybe. Mercun?! NO WAY! Eee… serik dah aku main mercun tau tak. Dah tu asal raya jek kat paper tajuknya “BUDAK PUTUS JARI” kalau tak pun “REMAJA BUTA AKIBAT MERCUN” and so on. Ha… yang baru ni lagi best. “LELAKI BERUSIA 20 TAHUN PUTUS TANGAN CUBA NAK LETUPKAN 20 BIJI MERCUN BOLA SERENTAK.” Errr…. Serik tau tak. SERIK! S.E.R.I.K. SERIK! Banyak sangat pengalaman yang agak menyeramkan, menakutkan, menyakitkan HATI dan perasaan! Punca? Of course lah because my beautiful, cute, and most importantly naughty anak sedara. Kes mercun meletup kat tangan aku dah banyak kali dah. Mujur jari aku masih cukup 20-termasuk jari kaki. Alhamdulilah. Ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi. Tapi yang paling tak boleh bla kan part yang aku jadi mangsa mercun adik sedara aku. Ada ke patut dia pi baling mercun kat aku. Tak ada keje ke? Apa gelap sangat ke dia tak nampak aku kat pondok itu. GERRRRRRRRAAAMMMMM tau tak! Aku nak marah anak orang. Nak buat macam mana? Dah lah baling kat aku spesies manusia yang agak terancam akhir-akhir ini-saja berdrama sikit. Mintak maaf pun tak. Ketawa pulak dia. Kalau pikir balik memei saya sakit hati. But what am I suppose to do? Bukan adik aku, aku nak marah. Kang kalau aku marah dia, tak pasai-pasai aku yang kena tibai dengan mak dia. Grrrrr….. (>.<) Duit raya?! Alah dah besar-besar pun nak duit raya lagi ke? Eh! Duit siapa yang tak nak kan?! Dah tau dah. Lagi besar, lagi banyak dapat. Tapi kadang-kadang tak dapat. :’( So sad! Ermmm….so what part that make raya so fun?! Nothing I guess. Baju baru?! I don’t know. Raya, memang susah nak dapat baju baru sebab baju lama ada. Masih muat. Lagipun aku bukan selalu pakai. Beli pun satu. Alasannnya sebab segan dengan sedara. Nak buat cam ne?! Well…well… itulah dia kisah saya! Hehe…. :) Raya tahun ini memang meriah! So fun! Tak macam raya tahun-tahun lepas. The best part is on the third Raya we celebrated my mom’s birthday! So lucky! Once in a year kot or maybe it can be once in a lifetime? Isn’t it?! Haha…. Pulak itu dapat sambut kat kampung. Memang meriah lah!  Memang seronok! Raya pertama! Everyone berebut-rebut nak masuk tandas. Salah makan. Cirit-biritlah jadinya. Satu rumah pulak itu. Dalam rumah itu ada 16 orang. Jambannya ada 1. Macam mana nak muat. So berebut-rebut lah. Nasib baik aku tak kena teruk. What I mean is aku tak kena tengah-tengah malam or subuh. Waktu puncak mereka berebut tandas! Hihi. Syukur. Kalau tak memang kojol! Siap pi rumah jiran lagi. Nasib rumah jiran itu rumah sedara. Kalau dak…. Hmmm….. tak tau lah. Kelakar bila difikir-fikirkan balik. Hehe… Suasana hari raya memang berbeza di setiap tempat namun kemeriahannya tetap dapat dirasakan. Hari raya akan menjadi semakin meriah dan bermakna bila kita berada dalam kesederhanaan dan sentiasa ingat kepada mereka yang kurang bernasib baik! :D I think it’s still not late for me to wish all of you HAPPY EID!




TODAY QUOTE:
Life has meaning only if one barters it day by day for something other than itself.
~Antoine de Saint-Exupery

Wednesday, June 6, 2012

Fauzan Malek

Ini lah dia karya abang aku... Nak cari dia senang jek, pergi kat google atau yahoo, pastu kat search box itu taip Fauzan Malek. I bet korang semua ada facebook kan, nak senang cari lah dia kat Facebook. Same jek mamat ni tak ada nama lain macam aku lah. Kalau nak tengok lagi karya dia pergi kat tumblr. fauzanmalek.tumblr.com . Dunia dah maju. Ini dia karya Fauzan Malek... mempersembahkan! Gambar ini semua aku 'curi' kat tumblr dia... :P








Ini pun hasil kerja dia... Untunglah orang kreatif dan berbakat! Jeles kejap! :'(


Thursday, April 5, 2012

I'm already 16!!!


Yeah!
Happy Birthday to me...
Happy Birthday to me...
Happy Birthday to me...
Happy Birthday to me...

Saeng-il Chuga Hamnida...
Saeng-il Chuga Hamnida...
Saeng-il Chuga Hamnida...
Saeng-il Chuga Hamnida...

Hei, I'm already 16. sweet sixteen... LOL! 5 April 2012... I'm celebrating my birthday with my friend because we born on the same date... Hooray!!!